Adakah kini anda sedang membuat website niche? Dan anda bertujuan untuk membina sebuah blog yang mengkhususkan kepada satu satu jenis artikel dan anda mahu menjana pendapatan dengan iklan Google Adsense? Jika YA, anda berada di halaman yang betul. Masalah anda kini adalah untuk mendapatkan artikel english murah yang boleh anda beli dan dapatkan dengan segera. Jika anda ada duit, projek anda untuk menjana pendapatan bersama Adsense sudah melalui track yang betul.
Kenapa perlu dapatkan artikel english? Ramai yang sudah tahu yang keyword cost per click (CPC) bahasa english di bayar dengan lebih mahal. Jika anda dapat membuat blog niche dalam bahasa english sudah tentu sasaran anda untuk menjana pendapatan dengan adsense bakal cerah. Cumanya anda kena pandailah mencari kata kunci iaitu keyword berbayar yang mahal harganya supaya tidak sia sia anda berhabis duit dengan mendapatkan dan membeli artikel english yang murah.
Beli Artikel English Murah Online
Saya berikan anda sedikit idea akan bagaimanakah anda boleh menjana pendapatan yang menarik dengan adsense dengan hanya membeli artikel english murah sahaja. Yang anda perlukan hanyalah beberapa langkah yang tidak boleh anda silap. Kalau tidak, anda siap semua, tetapi anda gagal menjana pendapatan dengan Google Adsense. Lebih baik siap sedia dari awal barulah anda tahu apa yang mahu anda lakukan dahulu.
Di bawah ini adalah langkah langkah yang patut anda tahu sebelum anda menghabiskan wang anda untuk mendapatkan artikel english murah yang akan saya kongsikan sebentar lagi:
- Sila siapkan blog 100%. Nasihat saya sila gunakan WordPress kerana terdapat plugin yang boleh anda gunakan
- Sila install plugin seo yang sesuai. Cadangan saya anda guna sahaja plugin SEO By Yoast
- Dapatkan beberapa idea niche penulisan yang anda mahu buat. Contoh tentang kesihatan, blogging, teknologi, bisnes, dan sebagainya. Dapatkan salah satu niche yang anda mahukan
- Gunakan Google Keyword Planner atau Long Tail Keyword untuk anda mencari kata kunci keyword yang berbayar, bernilai dan wajib mempunyai persaingan yang rendah
- Untuk mendapatkan artikel english murah. Anda boleh beli artikel tersebut dengan membayar penulis di iWriter.
- Masukkan artikel yang anda beli tadi ke blog anda secara berkala (setiap hari, setiap 3 hari sekali). Terpulang kepada anda. Asalkan berkala dan konsisten. Satu hari 1 artikel pun cukup.
- Pastikan artikel anda mengikuti tips seo mudah supaya ianya akan rank dengan lebih baik di Google. Siap dan publish
iWriter adalah salah satu tempat di mana anda boleh mendapatkan artikel english murah. Ianya popular di kalangan blogger. Namun, dari pengalaman saya, saya lebih tertarik untuk membayar penulis dalam kategori “Premium” ke atas untuk USD5 dan ke atas untuk satu artikel dengan jumlah perkataan 400 words. Ini kerana penulisan artikel yang dihasilkan majoriti adalah nampak professional, bahasa english yang baik dan kandungan yang asli. Sebenarnya 1 artikel USD5 (minima) adalah murah. Tetapi kerana ianya dalam nilai matawang USD, jadi kita terasa ianya agak mahal. Bagi saya pelaburan sebegini adalah berbaloi jika anda benar benar serius mahu jana pendapatan dengan niche website english anda melalui Google Adsense. Selamat membuat duit..
Leave a Reply