Dulu dulu emak saya menggunakan dapur memasak dari jenis yang besar yang siap dengan ketuhar pembakar sekali. Rasanya anda pasti jenis dapur gas memasak sebegitu betul? Dan selepas itu, emak saya hanya menggunakan dapur memasak jenis gas yang biasa biasa sahaja iaitu dari jenis yang mempunyai 2 tempat memasak sahaja. Dan selepas itu jika rosak sekalipun, tetap beli dapur memasak dari jenis model yang sama sahaja. Alasannya kerana mudah dikendalikan dan murah pula harganya selain tidak memakai ruang kawasan yang besar. Bagi emak saya, 2 tempat memasak pun sudah memadai.
Anda pun pasti bersetuju dengan saya, yang zaman sekarang ramai orang hanya gunakan dapur gas memasak yang mempunyai 2 tempat memasak sahaja. Faktor utama tetap hal yang sama sahaja iaitu ruang yang kecil dan juga harga produk yang murah. Rumah sekarang semua mahal mahal. Sudahlah mahal, ruang dapur untuk memasak pula kecil. Memang tiada ruang untuk membeli dan meletakkan dapur gas memasak yang besar besar. Kalau mampu pun tetap tidak membelinya kerana tidak praktikal.
Beli Dapur Gas Memasak Murah Online
Saya sendiri telah menyewa rumah di satu kawasan. Ruang dapur memang sempit. Dan saya beli sahaja dapur gas memasak secara online iaitu melalui laman website Lazada Malaysia. Isteri saya sendiri tergelak apabila saya mengatakan saya beli tempat dapur memasak itu melalui internet sahaja. Dan harganya pula murah. Beliau terima sahaja. Asalkan ada tempat untuk memasak sudah memadai. Bagi saya, produk sebegini yang berharga murah, kalau rosak setahun sekali pun bukan satu kos yang besar.
Gambar di atas ini adalah gambar sebenar dapur gas memasak yang saya beli melalui Lazada Malaysia. Hari ini saya pesan dan order, 3 hari selepas itu sampai ke rumah. Memang pantas. Harganya pula tidak sampai RM100 pun. Kalau anda mempunyai bajet wang yang lebih, anda boleh dapatkan dapur memasak yang sedikit lebih mahal dan lebih berkualiti kalau anda mahu. Tetapi bagi saya, dapur memasak seperti gambar di atas ini sudah lebih dari cukup. Tidak perlu penatkan diri. Beli sahaja dapur gas memasak seperti ini secara online dengan klik link di bawah ini. Selamat memasak makanan.
Leave a Reply