Dulu masa kecil kecil kita selalu juga tengok ada orang sembelih lembu atau kambing ketika selepas sembahyang hari raya haji aidilfitri. Yang tidak berani tengok pasti akan pergi jauh jauh. Yang berani tengok akan datang lihat dekat dekat. Ketika zaman ini, tidak ramai yang “mampu” untuk menjalankan ibadah qurban ini. Kebanyakkan dari kita pun tidak tahu bagaimana hendak beli, berapa harga seekor lembu/kambing dan sebagainya. Mudah cerita tidak ramai yang ambil tahu tentang kaedah tempahan qurban ini kerana faktor kewangan. Tetapi zaman sudah berubah.
Setuju atau tidak, walapun orang sana sini bising tentang kenaikkan kos sara hidup. Zaman sekarang ini sudah ramai yang yang mampu. Maksudnya ada banyak duit lebih. Paling tidak tidak ada masalah untuk keluarkan bajet RM500 – RM1000 untuk perkara tertentu. Kalau tidak, masakan sekarang orang kita ramai yang terlibat dalam skim cepat kaya dan rugi ratusan, ribuan malah hingga puluhan ribuan ringgit sekelip mata. Ya ramai yang ada duit dan mampu. Cumanya duit wang tersebut disalur ke arah yang tidak berkat. Bukankah bagus kalau hari raya haji ini ramai ramai dari orang muslim kita membeli tempahan qurban untuk bersedekah. Berminat?
Tempahan Qurban Lembu Kambing Murah Di Internet
Bukankah saya katakan tadi, ramai orang muslim kita sebenarnya mampu untuk keluarkan bajet wang antara RM500 – RM1000 ini atau lebih. Dan tahukah anda yang anda boleh menjalankan ibadah qurban lembu dan kambing ini dengan modal sebegini. Murah bukan? Saya pasti ramai diantara kita mampu. Betulkah? Tidak percaya? Cuba lihat sendiri gambar di atas ini. Itu adalah harga yang ditawarkan kepada sesiapa yang berhajat untuk menunaikan ibadah qurban di tempat mereka. Anda boleh pilih untuk membeli seekor lembu/kambing atau beli sebahagian daging sahaja. Terpulang kepada anda.
Program tempahan qurban ini beberapa pakej yang disediakan. Yang pertama adalah untuk kepada individu sesiapa juga yang berminat untuk menjalankan ibadah qurban. Yang kedua adalah dibuka kepada keluarga yang mahu melakukan aqiqah. Yang ketika adalah untuk indivisu yang berniat bersedekah. Dan yang ke empat kepada mana mana individu yang mahu turut serta dalam program kembara dan memberikan bantuan sedekah kepada golongan fakir miskin sasaran samada di Malaysia atau luar negara seperti di Kemboja. Kepada yang berminat mahu buat tempahan qurban, sila dapatkan khidmat ini dengan klik link di bawah ini. Sekian
Leave a Reply